Tuesday, May 13, 2014

                                                                                بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamuaikum

1)Terima kasih kepada Isteri tercinta,adik beradik,kawan-kawan sekerja dan sahabat-sahabat serta kawan-kawan mengenali saya kerana banyak menyokong saya sehingga saya mampu untuk merawat dan membantu orang lain melalui rawatan alternative.Rawatan Alternatif ini adalah hasil daripada pengabungan kaedah islam dan kaedah tradisional.Saya sendiri memilih nama rawatan alternative kerana terlalu banyak nama pusat rawatan islam diluar sana,menggunakan nama rawatan islam tetapi kaedah rawatan dengan pemujaan,penggunaan tangkal,dan sebagainya.

2)Semua penyakit datangnya daripada Allah.Kerana kasih sayangnya dan rahmatnya menurunkan  ujian penyakit kepada kita sebagai hambanya.Kita hendaklah sentiasa baik sangka terhadap pencipta kerana Allah turunkan penyakit kepada kita,tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menaikkan darjat kita di sisi Allah dan sebagai kafarah dosa @ penghapusan dosa yang kita telah lakukan sama ada kita sedari ataupun tidak sedari.

3)Kaedah rawatan saya menggunakan telur ayam.Sepatutnya tidak perlu menggunakan telur ayam pun tak apa,tetapi masalah pemikiran orang melayu kita,hendak melihat sesuatu perkara berdasarkan bukti.Isu penggunaan telur ayam untuk perubatan menjadi  bualan hangat di laman-laman sesawang internet.Saya pernah bertanya seorang sahabat saya,Ustaz Hilmi yang berkhidmat  JAKIM,hukum penggunaan telur dalam sesuatu rawatan.Beliau mengatakan ramai orang diluar membuat kesimpulan atau ketetapan telur ayam adalah makanan Jin.Sambil nada gurauannya,jika telur ayam adalah makanan jin,maka kita manusia ni jin lah kerana kita memakan telur ayam.Penegasannya,tiada dalam Al-Quran makanan jin adalah telur ayam,yang adalah asap,tulang-tulang dan najis haiwan.Menurutnya lagi,hukum penggunaan telur adalah harus selagi benda digunakan itu halal dan suci pada syarak.Yang menjadi haram dan dilarang seperti penggunaan telur untuk digunakan pemujaan para bomoh @ dukun.

4)Ilmu Allah terlalu luas seperti luasnya penciptaan langit dan bumi.Hanya Allah yang kita sembah setiap hari,menjadi tempat mengadu,tempat tawakal dan tempat segala2nya.siapalah kita mengharapkan kesembuhan sesuatu penyakit tanpa keizinan daripada pencipta kita.Segala yang baik datangnya daripada Allah dan segala keburukan adalah datang daripada saya sendiri.Wassalam.